Friday, April 2, 2010

Pergi tak kembali...

Allahyarham Din Beramboi


Hari ini Jumaat, 2 April 2010 bersamaan dengan 17 Rabi'ul Akhir 1431H.. pergi lagi seorang insan seni tanah air kita, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din beramboi. Perginya secara mengejut setelah 4 hari berada dalam keadaan kritikal akibat demam denggi berdarah. Ajal maut semua di tgn Allah SWT. Kita yg masih hidup ini hanya mampu mendoakan agar rohnya tenang disana dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amiin. Al-Fatihah.

Petikan dari M-Star Online

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.

"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.

"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.

"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Farid Kamil, Sharifah Shahirah, Zul Yahya dan ramai lagi.

Terdahulu, Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke ICU kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.


Berikut adalah serba sedikit gambar sekitar pengkebumian dan perjalanan akhir arwah sebelum dikebumikan.















"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran..."


~AL-FATIHAH~

Din Beramboi
1966-2010



Pot Pet Pot Pet author...

2 comments:

Annasue'G said...

zai, nak email add. buleh? saya sudah privatekan blog. heheh. ;p

Zaidatul Abu Bakar said...

gie... ni email kite.. sugar_2703@yahoo.com ;)